Monday, March 30, 2009

Pilihanraya Kecil Parlimen P59 Bukit Gantang Perak...Apa Pendapat Anda?

Semalam, Ahad 29 Mac 2009 - Hari Penamaan Calon Pilihanraya Parlimen P59 Bukit Gantang..Apa yang menarik di sini....yang tidak di siarkan langsung oleh Saluran TV Perdana ...ialah betapa Sedikitnya Penyokong Barisan Nasional (BN) di anggarkan seramai 500 orang sahaja..berbanding dengan lebih 50,000 penyokong PAS atau Pakatan Rakyat.. jika tidak percaya, sila lihat photo-photo ini semalam sebagai bukti.







Haaa ramai kan??? itulah dia penangan atas Penamaan Calon PAS iaitu Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Nizar. walaupun DS Najib baru sahaja di beri laluan sebagai Presiden UMNO dan akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru tak lama lagi... Rakyat Perak tidak ambik peduli...mereka tetap memberikan sokongan padu dan luarbiasa bagi Datuk Seri ir Nizar..

Ini pula gambar penyokong BN.. sedihnya...




Paling membanggakan, malam tadi, selepas penamaan calon pada siangnya, Solat Maghrib di Masjid Simpang, Perak telah di IMAMKAN oleh Datuk Seri Ir Nizar atas permintaan imam masjid tersebut dan makmumnya, juga calon piliharaya tapi dari BN iaitu Ismail Safiyyan bersama sama dengan MB Perak Datuk Zamry Kadir, Tan Sri Muhyidin Yassin (bakal TPM baru)... Hanya mereka yang benar2 beriman sahaja layak menjadi IMAM..jadi tuan-tuan buat la pilihan yang betul..




Kepada Pengundi-pengundi P59 Bukit Gantang..selamat Mengundi pada 7 April nanti.. Tunaikan tanggungjawab anda demi AGAMA dan Negara..

Friday, March 27, 2009

Drama BONG season 6 Just Started Shooting!!!

Hye Semua.. sorry dah 2 hari tak update blog...sebab busy sikit...bukan busy ke PWTC tapi busy shooting Drama TV hehehe... Semalam Khamis, 26 Mac aku dijemput oleh Ace Motion Pictures, Wan dan Sheena contact aku untuk watak Taukey Kedai Haiwan (Pet Shop) bagi Drama BONG TV9 Musim ke6 ni. So aku pun terima la dengan hati terbuka. Tepat jam 8 pagi, aku tiba di lokai pengambaran iaitu di Uptown Pet Centre Damansara Utama. Kelihatan beberapa Crew dan Catering dah pun sampai. Aku pun apa lagi..pekene breakfast.. mee goreng dan teh tarik.



King di berikan watak taukey Pet shop.. menjual Kuching dan lain-lain haiwan..Drama ni Episod 1...bila kuar tv tak tau lagi..hehehe.. Main Sponsor is Whiskas..so dlm drama ni memang di tonjolkan Whiskas Ocean Fish Flavour.. makanan kuching..









Jangan Lupa Saksikan nanti tau... watak ni komedy hehehe... cakap pun kene pelat cina sikit2 hehehe...

Wednesday, March 25, 2009

Aku Seorang RIDER (1995-2001)

Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku menunggang Superbike dengan rakan-rakan..Hobi aku ni pelik sikit...apa saja yang laju..semua aku suka..Tahun 1997 setelah puas menunggang Kawasaki ZZR250cc aku telah membeli motorsikal sahabat aku iaitu KAWASAKI NINJA ZXR750cc L Model dengan Plet No WEQ 2280. Ini adalah motorsikal idaman aku sejak aku kecil. Motor yang ranggi (pada waktu itu), laju, lincah dan bergaya. Masa aku beli, warnanya adalah Hitam/Kuning. macam ni ha...



Cute tak superbike aku ni??? haaa selepas aku guna 2 ke 3 bulan..aku hantar kepada kedai cat motor..aku transform superbike kesayangan aku kepada warna Merah/Gold..haa ini dia...dengan ekzos Yoshimura RS3 Carbon Fibre..High Compression Cable, Racing spec..top speed pernah aku catat 280km/h (maksimum meter)


Pada Tahun 1995 masa mula-mula berkecimpung dengan Superbike ini..aku join KMRC atau Kawasaki Motorcycle Riders Club yang berpengkalan di Segambut Dalam. Aku telah dilantik sebagai Treasurer dan kami waktu itu semua menggunakan Kawasaki ZZR250 ..Aktiviti Konvoi, Hari Keluarga dan Riadah di hujung minggu.

Kita lupakan sejenak kisah aku dan ZZR250 aku tu... Setelah aku upgrade motor aku kepada ZXR750 hehhe aku lebih suka Ride dengan Few rakan-rakan yang gila-gila macam aku.. Ride di hujung minggu seperti ke Genting Sempah Layan Corner..Ke Fraser Hills..dan lain-lain. Paling jauh pernah aku ride adalah dari KL ke Phuket Thailand..sejauh 1,200km pergi dan lagi 1,200km balik..memang Fun habis..sbb time kami pergi tu di Phuket menyambut Songkran..Pesta Air...kalau tak salah Tahun 1998.





Kat sini saja nak share la pengalaman aku yg suka memecut laju baik di highway mahupun di Racing Track. Aku telah register dengan Australia Cornering School dari Melbourne yang mengajar technic dan tactic di Racing Circuit.. Kami telah pergi ke Pasir Gudang Johor mengikuti latihan menunggang di Track. Memang best...Aku telah belajar cara-cara menunggang dan mengambil selekoh dengan full trottle dan cara racing yang betul.
Ni la few photo masa di Johor Circuit tu.






Aku telah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air seperti ke Langkawi, Fraser's Hill dll.. oh ya...ni gambar semasa aku antara orang pertama bermain di litar Sepang F1 Circuit sebaik sahaja track di buka untuk orang awam..Feb 2000









Itulah coretan sedikit sebanyak aku dengan Kawasaki Ninja ZXR750..semua itu tinggal kenangan kerana pada tahun 2001 aku telah menjual superbike aku..dan kini..aku menyimpan cita-cita untuk memiliki motor idaman aku Kawasaki Ninja ZX14 (1400cc) dua kali ganda power dari motor lama aku... semoga aku berjaya Amin....

Monday, March 23, 2009

Manchester United..Apa Dah Jadi???


Aku betul-betul frust dengan Team MU..Sabtu lepas bertandang di Gelanggang Fulham..aku mengharapkan permainan yang menarik dan dapat menewaskan Fulham..tapi malang..MU Tewas lagi..2-0 kepada Fulham...dah la tu 2 pemain MU di kenekan KAD MERAH hampeh...

Apa dah jadi MU?

Akhbar hari ni Isnin Mac 23, 2009 KOSMO.. menulis, Liverpool Agung, Manchester United Lembik...lagi memanaskan aku..yang dah sedia panas dengan 2 kekalahan MU Berturut-turut.. tinggal 9 lagi match di EPL..harap MU dapat Bangkit..

Kedudukan setakat Hari ini (Isnin)
Manchester United Game 29, Jaring 49, Kene jaring 18, Point 65
Liverpool Game 30, Jaring 54, Kene jaring 21, Point 64
Chelsea Game 30, Jaring 49, Kene jaring 17, Point 61

Go Go Go MU... make me proud please....Please win win win....the next 9 matches..

Die Hard Fan MU..

My Best Friend Ever - Anjang (Rosdi Bin Abu)

Hari ini - Aku nak cerita tentang kawan baik aku yang dah lama tak bertemu..iaitu Anjang...
Tentu anda semua tahu..King5zal antara rakan yang tinggi ... hehe.. tinggi aku 186cm (6'1")..
Masa menuntut di ITM dulu ( Aku pernah menuntut di 3 ITM, 1988-1990 ITM Manjung, Perak, 1990-1991 ITM Segamat Johor & 1991-1993 ITM Shah Alam) aku mengambil jurusan Advanced Diploma in Accountancy (ADIA yg setaraf dengan Ijazah Perakaunan Kepujian dan juga Profesional Qualification yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia).

Semasa belajar DIA, aku telah di tempatkan di ITM Manjung utk semester 1 hingga 4 dan bertukar ke kampus baru ITM Johor dari semester 5 hingga 6. Di Johor lah aku bertemu dengan sahabat karib aku yang bertukar dari ITM Pahang ke Johor.. iaitu ANJANG.. kami menginap di Hostel GARUDA ITM Johor..(sekarang nama dah lain)..Waktu itu kami adalah 2nd student yg menuntut di ITM Johor (maklumlah kampus baru)..dalam hutan pulak tu..I really mean it..Hutan Tebal..penuh dengan haiwan liar..dan juga "ghost" ...

Anjang ni tinggi sikit dari aku..dalam 188cm (6'2") dan berasal dari Penang (dulu Sekolah Penang Free School).. hobi Anjang ni hehe waktu basuh kain dia mesti nyanyi ... lagu yg dia nyanyi hehehhe... ikut sedap mulut dia jer.. tu yang buat aku gelak sakan...dia tak pedulik..pitching ke..tone ke.. suka hati dia..
ANJANG, DATO MISBUN SIDEK, KING & SENIOR
ANUGERAH SUKAN ITM 1991 - TEAM BASKETBALL (KING Baju Kuning sebelah Lecturer)
Kami kamceng sejak di ITM Johor sebab Anjanglah yang mula sekali memanggil aku KING... dan dia lah yang mempopularkan gelaran KING itu sehinggalah kini...Thanks Anjang..
Setelah Grad DIA.. kami sama-sama menyambung pelajaran di ITM Shah Alam..buat Degree..
Anjang dan aku semakin rapat sebab Arwah ayahku telah membelikan aku Kapcai Yamaha Sport 100cc untuk mudah aku bergerak di kampus yang berbukit bukau ini. Kami sama-sama minat Basketball dan posisi yang sama iaitu CENTRE (Utk yg paling tinggi hehe). Jadi bila ke kelas, ke padang basketball..kami sering berdua..dan semua orang gelar kami TWIN TOWER..sbb dua dua tinggi... Kami berlatih basketball waktu cuti semester dan bertanding untuk Kejohanan InterVarsity... very sweet memory...
RAKAN SEKELAS ADIA AKU ITM SHAH ALAM - AKU (BLACK BLAZER & ANJANG SEBELAH KU
Anjang ni cool orangnya...tak banyak cakap dan kalau dia cakap..memang pelat Utara (Orang Penang la katakan)... Kami jugak menyewa di Section 8 semasa study.. tinggal sama-sama dan study sama-sama.. Setelah Grad ADIA.. aku mendapat tawaran kerja di Bank Pembangunan Cawangan Alor Setar (Daftar kerja 2 Januari 1994) ..tak sempat rehat..sbb final exam Nov 1993.. dan Anjang di tawarkan kerja dengan Jabatan Akauntan Negara...
Sukan Inter Faculty - Soccer..Anjang baju Hijau dengan rakan sekelas ku
King di tengah2 - Soccer Inter Faculty

Sejak itu, kami jarang bertemu dan membawa haluan masing-masing... tapi, satu lagi kenangan aku... Tahun 1995, aku memperkenalkan Sue, gadis Kapar Klang kepada Anjang..dan alhamdulillah.. mereka serasi dan menikah dan sehingga kini..aku di beritahu..mereka telah di kurniakan 5 cahaya mata...Tahniah Anjang... Aku pula di kurniakan 3 cahaya mata (kalau ikutkan 5, tapi 2 meninggal dunia).

Aku masih meneruskan hobi bermain basketball dan sehingga kini, aku menganggotai kelab SWOOSH yang di kendalikan oleh Salman dan sahabat baik aku jugak Syed Al-Junid. Swoosh ni memang best sebab sering bertanding dalam Sukan Basketball untuk Piala Menteri Besar Selangor dan sering menjadi JOHAN.

So, Anjang.. aku harap hang tak lupakan kawan hang ni..yang menikah dengan orang Shah Alam..menetap di Shah Alam jugak...dan kalau free tu mai la datang ke rumah bawak anak isteri hang... U are really my best friend Anjang....Glad to have u...Thanks..