Monday, March 23, 2009

My Best Friend Ever - Anjang (Rosdi Bin Abu)

Hari ini - Aku nak cerita tentang kawan baik aku yang dah lama tak bertemu..iaitu Anjang...
Tentu anda semua tahu..King5zal antara rakan yang tinggi ... hehe.. tinggi aku 186cm (6'1")..
Masa menuntut di ITM dulu ( Aku pernah menuntut di 3 ITM, 1988-1990 ITM Manjung, Perak, 1990-1991 ITM Segamat Johor & 1991-1993 ITM Shah Alam) aku mengambil jurusan Advanced Diploma in Accountancy (ADIA yg setaraf dengan Ijazah Perakaunan Kepujian dan juga Profesional Qualification yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia).

Semasa belajar DIA, aku telah di tempatkan di ITM Manjung utk semester 1 hingga 4 dan bertukar ke kampus baru ITM Johor dari semester 5 hingga 6. Di Johor lah aku bertemu dengan sahabat karib aku yang bertukar dari ITM Pahang ke Johor.. iaitu ANJANG.. kami menginap di Hostel GARUDA ITM Johor..(sekarang nama dah lain)..Waktu itu kami adalah 2nd student yg menuntut di ITM Johor (maklumlah kampus baru)..dalam hutan pulak tu..I really mean it..Hutan Tebal..penuh dengan haiwan liar..dan juga "ghost" ...

Anjang ni tinggi sikit dari aku..dalam 188cm (6'2") dan berasal dari Penang (dulu Sekolah Penang Free School).. hobi Anjang ni hehe waktu basuh kain dia mesti nyanyi ... lagu yg dia nyanyi hehehhe... ikut sedap mulut dia jer.. tu yang buat aku gelak sakan...dia tak pedulik..pitching ke..tone ke.. suka hati dia..
ANJANG, DATO MISBUN SIDEK, KING & SENIOR
ANUGERAH SUKAN ITM 1991 - TEAM BASKETBALL (KING Baju Kuning sebelah Lecturer)
Kami kamceng sejak di ITM Johor sebab Anjanglah yang mula sekali memanggil aku KING... dan dia lah yang mempopularkan gelaran KING itu sehinggalah kini...Thanks Anjang..
Setelah Grad DIA.. kami sama-sama menyambung pelajaran di ITM Shah Alam..buat Degree..
Anjang dan aku semakin rapat sebab Arwah ayahku telah membelikan aku Kapcai Yamaha Sport 100cc untuk mudah aku bergerak di kampus yang berbukit bukau ini. Kami sama-sama minat Basketball dan posisi yang sama iaitu CENTRE (Utk yg paling tinggi hehe). Jadi bila ke kelas, ke padang basketball..kami sering berdua..dan semua orang gelar kami TWIN TOWER..sbb dua dua tinggi... Kami berlatih basketball waktu cuti semester dan bertanding untuk Kejohanan InterVarsity... very sweet memory...
RAKAN SEKELAS ADIA AKU ITM SHAH ALAM - AKU (BLACK BLAZER & ANJANG SEBELAH KU
Anjang ni cool orangnya...tak banyak cakap dan kalau dia cakap..memang pelat Utara (Orang Penang la katakan)... Kami jugak menyewa di Section 8 semasa study.. tinggal sama-sama dan study sama-sama.. Setelah Grad ADIA.. aku mendapat tawaran kerja di Bank Pembangunan Cawangan Alor Setar (Daftar kerja 2 Januari 1994) ..tak sempat rehat..sbb final exam Nov 1993.. dan Anjang di tawarkan kerja dengan Jabatan Akauntan Negara...
Sukan Inter Faculty - Soccer..Anjang baju Hijau dengan rakan sekelas ku
King di tengah2 - Soccer Inter Faculty

Sejak itu, kami jarang bertemu dan membawa haluan masing-masing... tapi, satu lagi kenangan aku... Tahun 1995, aku memperkenalkan Sue, gadis Kapar Klang kepada Anjang..dan alhamdulillah.. mereka serasi dan menikah dan sehingga kini..aku di beritahu..mereka telah di kurniakan 5 cahaya mata...Tahniah Anjang... Aku pula di kurniakan 3 cahaya mata (kalau ikutkan 5, tapi 2 meninggal dunia).

Aku masih meneruskan hobi bermain basketball dan sehingga kini, aku menganggotai kelab SWOOSH yang di kendalikan oleh Salman dan sahabat baik aku jugak Syed Al-Junid. Swoosh ni memang best sebab sering bertanding dalam Sukan Basketball untuk Piala Menteri Besar Selangor dan sering menjadi JOHAN.

So, Anjang.. aku harap hang tak lupakan kawan hang ni..yang menikah dengan orang Shah Alam..menetap di Shah Alam jugak...dan kalau free tu mai la datang ke rumah bawak anak isteri hang... U are really my best friend Anjang....Glad to have u...Thanks..

3 comments:

RosyFitrah said...

Aku cuba nak 'merendahkan diri' dengan post hang kali ni yg special attribute buat aku tapi apa kan daya, terasa kembang naik seinchi. I'm really appreciate and felt being honoured. Catatan diari sewaktu ADIA dulu banyak membabitkan watak hang yg sukar dilupakan. Personaliti kita mungkin jauh berbeza tetapi memori yg lepas banyak kita berkongsi bersama. Walaupun anugerah bintang popular aku x akan dpt tahun ni, tetapi hari ni aku bagai disuluh spotlight dan lensa kamera yg menjadi tatapan maya. Thank You King. Kaulah Raja yang bertakhta di hatiku...

p/s: Insyaallah kita bole jumpa lagi, kalu x sampai ke rumah ko, kunjungan hormat ke blog ko ni pun dah terasa 'dekat di hati' (TV9).

King5zal said...

heheh Anjang.. hang memang sahabat sejati aku.. Skrgni aku mencari2 sahabat lama kita di ITM Johor.. MANAP (Man Up), Akira, Ajin dll..
Mana la mereka ni semua ya..tak sangka lagi setahun..kita dah masuk 40 hahehhehe kejap je rasa masa berlalu...

Hang mesti tersenyum tengok gambar2 hang kan?? heheh tu la yg aku ada..utk kenangan .. biar anak2 kita tengok..bapak dia dulu dulu hehe

juliana said...

Assalamualaikum, Encik Rosli saya Dk Hjh Juliana Pg Hj Abd Momin dari Brunei yg menghadiri kursus procurement di IPa pd 20- 23 April 2009 ingin minta down loadkan nota2 yang belum ada, terima kasih.