Saturday, March 21, 2009

Perangai Pentingkan Diri Sendiri - Edisi Geram

Malam Tadi, Jumaat 20 Mac 2009 - Aku dan Family bercadang makan malam di luar..bersama anak-anak kerana lagi 2 hari saja lagi Anak sulung aku Raja Farah Natasha akan pulang kembali ke Hostel di SAMTTAJ Shah Alam.

Kami ke Dataran Shah Alam berhampiran dengan Plaza Alam Sentral selepas solat Maghrib..
Aku, wife, Tasha, Dania & Daniel..kami pusing 1 round utk mencari parking yang mudah dan berdekatan dgn gerai tersebut dan dapat parking di depan bangunan SUK 2 (betul2 depan Plaza Alam Sentral).
Peace..Tunggu Makanan Sampai..

Sempat Posing sementara Tunggu makanan sampai

Kami pun dengan santai memesan makanan dan minuman. Aku order Char Kuew Teow Goreng, Fresh Orange, Linda memesan Mee Bandung dan Air 0. Tasha Nasi Goreng USA (kongsi dengan Daniel) dan Lychee. Dania pula Nasi Goreng Cina dan Air Apple. Daniel Air Lychee...
Setelah kenyang kami pun berehat di hadapan Screen Besar dan Air pancut di sebelah gerai tersebut..betul2 mengadap bangunan MBSA.

Sambil santai, kami makan kuaci..menikmati keindahan alam...dan relax. Ada juga ibu bapa membawa anak2 kecil...main main dgn air pancut ... aku pun pelik jugak..di biarkan anak mereka masuk dalam kawasan air pancut tu dgn basah kuyup...
Bersantai di Dataran Air Pancut depan Plaza Alam Sentral (PAS)

Tasha - 13 thn
Dania 11 thn
Daniel - 6 thn
Aku meluat jugak melihat gelagat anak-anak muda kat situ... bercouple di depan org ramai..tanpa segan silu.. makan bersuap-suap...Getik aku... tak tau malu...

Yang aku nak ceritakan ini adalah.. manusia 'bangang lagi bengap' yg pentingkan diri sendiri... Aku parking di tepi jalan agar mudah utk pulang... malangnya Mamat manalah dgn waja nya WMH 4971 telah parking sebelah kereta wife aku. Kami Hon bagai nak rak..dah selepas 15 minit baru lah si bangang ni muncul... aku yg dah hangin dan dah puas menendang wajanya (yang mangkuknya tak de alarm..kalau ada alarm biarla dia berbunyi...sure tuan kereta datang segera)... aku dah puas pusing keliling takde jugak tuan waja tu. Akhirnya setelah Daniel tak putus2 hon kan kereta...dtgla mamat baju hitam dengan selamba bukak kereta (guna kunci manual- patutla takde alarm) pakai topi mintak maaf.. aku jerit kat dia.. Kau ni bangang ke bodoh??? tak reti-reti cari parking yg tak menyusahkan org???? dia mintak maaf...aku tak puas hati.. aku gertak dia lagi.. aku cakap.. kau dah menyusahkan orang...kau nak belah gitu aja???
Aku cakap lagi...aku dah perati gelagat kau tadi kat air pancut tu... kau dgn makwe kau makan suap2..makwe kau kerja KFC kan? sbb pakai uniform.bertudung hitam..tapi buat perangai depan khalayak...geram betui aku..dia mintak maaf lagi..aku tanya lagi.. Kau dah kawin ke belum??? dia kata belum...aku cakap..Lain kali jangan nak buat perangai depan orang.. Aku gertak mamat tu lagi..(tak puas hati ni hehee)..kau tau aku keje apa??? aku tunjuklah bangunan MBSA depan aku tu..aku cakap.. Aku Pegawai Penguatkuasa MBSA... kalau kau buat salah lagi..parking ikut suka hati kau...siap la kau...

Mamat Baju Hitam dgn Makwe dia yg dok suap2 KFC ni la bangang parking sebelah kereta aku.

Banyak betui couple yg dok jiwang2 depan orang ramai...apa nak jadi???
Tujuan aku adalah untuk mengajar manusia yang suka pentingkan diri sendiri macam mamat tu...senang-senang jer...nak blok kereta orang..pastu dok 'beromen' ..akai ada ka??

Spoil kan kami nye dinner jer...So utk peringatan...kalau tak de tempat parking..pusing lagi dan cari tempat parking yang tidak menyusahkan orang...

Adios....

Thursday, March 19, 2009

Dunia Lakonan Ku !!!

Hari Ini Aku ingin bercerita tentang pengalaman Berlakon yang telah aku ceburi tanpa ku sedari..hehhe..
Kira-kira 4 tahun yang lalu..sahabatku Zack Kamal dan Arjun dari Starglam dot com telah menghubungi aku utk watak extra sebuah filem Purba ..bertajuk "Keris Awang Pulang Ke Dayang"...

King5zal & Farid Kamil - Filem Keris Awang Pulang Ke Dayang

Aziz M Osman & King - Filem Keris Awang Pulang ke Dayang

dan kira-kira jam 2.30 pagi..Tiba-tiba lalu bau yg teramat busuk melintasi kami...seperti bau mayat...Kami semua diam jer..
Selepas berlalu..Spotlight di tujukan ke hutan..dan kami terdengar suara org mengaji Quran...memang seram..
Jam 3.30 pagi Wrap..semua lari dan terus pecut kenderaan.. hehe itu kenangan aku..
Tapi sayang..Filem ini masih belum di tayangkan dan di jangkakan tahun 2009 ini mungkin akan ditayangkan...

Seterusnya aku mendapat peluang demi peluang untuk berlakon...Antara Drama yang telah aku lakonkan adalah seperti Tentangan TV2, Aku sebagai Penjahat yang mengejar Kenji Sawahi..Tentangan 2 ,Dendam.. Aku sebagai Pengarah Syarikat Tiara..Shooting di Clearwater Sanctuary Golf Resorts, Batu Gajah Perak..memang best tempat ni..damai..dan tenang...
Kenji Sawahi & King5zal - Drama Tentangan 1
King5zal & Chelsy Ng - Drama Tentangan 1 TV2 2007

King5zal, Joelyn & Alvin Tan - Drama Tentangan 2- Dendam 2008

Halim, Alvin, King, Joelyn & Jason - Tentangan 2 Dendam 2008

Di Bilik Mesyuarat - Drama Tentangan 2 Dendam 2008
Di Tahun 2007 juga Aku terlibat dalam Drama Bersiri iaitu "Tidak Pernah Ku Sesali" RTM 26 episod. Aku sebagai Bakar iaitu Gangster dan orang upahan kepada "Watie Elite".
Drama ini menguji lakonan aku kerana banyak scene dan episod seperti, mencampakan "suami Watie Elite iaitu Ayoi - Fezrul Khan" ke atas Katil sambil tangannya terikat, menolak atas kerusi roda, Menyoal siasat dalam bilik hotel, bertukar kenderaan konon konon di Siam..dan lain-lain...dan akhirnya aku berpeluang menaiki kereta peronda Polis yang sebenar heheheh (kene tangkap polis daaa)
3, 2, 1, ACTION!!!!
Kereta Waja Aku Pun Berlakon - Adegan Di Semenyih
Ini Kereta Merce yg digunakan untuk Kidnap Fezrol Khan
King5zal sbg Bakar Gangster dgn Mem Besar, Watie Elite
Sekutu Jahat ku dlm Drama Tidak Pernah Ku Sesali 2007

Selain dari itu, Aku juga pernah berlakon drama TV1 Lensa Kriminal sebagai Detektif 2006, Sutera Maya sebagai Doktor 2008, Ezora sebagai Bapak Ayam 2008, Pemanduku Jutawan sebagai Detektif Kamarul, Drama Bara sebagai Penyiasat 2008, Drama LARA sebagai Peguam 2009 dan lain-lain.
Dr King & Fasha Sandha - Drama Sutera Maya TV3

Dr King & Ery Putra - Sutera Maya TV3 2008

Anis Suraya & King - Drama Ezora TV3 - 2008
Lokasi Drama Ezora di Hulu Langat, Selangor

Aku sering membawakan watak Jahat, Polis, Peguam..dan aku bercadang pada Tahun 2009 ini untuk membawakan watak yang lebih mencabar lagi..

Pada Tahun 2008, aku berlakon Filem Ancaman Penggodam - Cyber X. Aku sebagai Professor IT...shooting di MMU CyberJaya..hero Zali dan Heroin Serina Redzuan.


InsyaAllah, April nanti aku akan berlakon Filem di bawah Arahan Aziz M Osman...Filem Sci Fi iaitu CE1..kisah robot yg dicipta oleh seorang budak kampung bernama Zaki.
Aku akan menjadi Bodyguard kepada Rosyam Nor..watak aku YIB..memang menarik Filem ini.
Rozita Che Wan & King5zal Drama BARA TV1 (nantikan siarannya)
Prof. King5zal & Serina - Filem Ancaman Penggodam Cyber X (belum di tayangkan lagi)

Drama LARA - King & Eizlan Yusof TV1 2009 (belum ditayangkan lagi)
Semasa Penggambaran Drama LARA di Sg Penchala

King5zal Depan Nissan Murano Azhar Sulaiman
King5zal, FBI Hot Fm & Aris - Drama Pemanduku Jutawan...

Malam tadi, Rabu 18 Mac..TV3 jam 10 malam ..rupanya watak aku sebagai Detektif Kamarul telah muncul di Kaca TV..hehe terima kasih pada kawan2 yg sms King ya..

Nantikan banyak lagi Drama dan Filem dari King5zal..diharap semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan blogger memberikan sokongan kepada King5zal OK.

Cintailah Drama dan Filem Kita..(jemu dah tonton drama indon di astro..asyik ulang beratus kali..)

Wednesday, March 18, 2009

PICNIC @ ULU KEMENSAH ULU KLANG

March 17, Selasa 2009.

Sempena Cuti Semester Break Sekolah ini..aku dan family berkelah di Kg Ulu Kemensah Ulu Klang (belakang Zoo Negara). Kawasan yang aman damai, nyaman..dgn anak sungai mengalir lesu...mendamaikan..tidak ramai orang kerana hari bekerja agaknya.



Aku mengetahui tempat ini semasa Shooting Drama Akademi Polis semasa Tahun Baru Cina baru baru ini...Lokasi Shooting adalah kawasan yang paling hujung sekali iaitu di ISI RIMBA iaitu ada Chalet di dlm hutan, dgn sungai dan juga kawasan paintball.

Semalam, Kami berkelah di tepi jalan di pertengahan jalan ke Isi Rimba..sungguh nyaman..pondok2 di sediakan dengan bayaran yg cukup berbaloi RM10 sahaja...siap dgn tikar..dan juga tong sampah..:D

Linda menyediakan Mee Hon Goreng dan juga Roti Arab beserta kari ayam utk di makan di sana...Air Lemonade yang di bancuh juga di bawa...keropok2..dan makanan ringan.. santai sungguh..




Daniel anak bongsu aku mandi tak sedar diri heheh dan tuan tanah menyediakan pelampung tiub lori utk kami..sungguh seronok...

Tasha dan Dania juga tak puas puas mandi... kami tiba jam 10.40 pagi ...dan setelah berendam..dan berehat sehingga jam 2 petang..kami pun pulang..






Saya sempat melelapkan mata di atas pelampung dalam sungai tu..dpt la lelap lebih kurang 40 minit...sungguh selesa rasanya..terapung dalam sungai yg tenang...hehehe

Semasa pulang..kami singgah di R&R Awan Besar dan pekena Sate Kajang Hj Samuri dan nasi lemak kecik2...kenyang sungguh..

Sekali sekala dapat Picnic begini terasa sungguh gembira..kita tidak perlu berbelanja besar untuk mendapat ketenangan dan kedamaian..

Cuti Cuti Malaysia..Cubalah hehehehe...

Monday, March 16, 2009

Datuk Lee Chong Wei Juara Swiss Open 2009


Utusan Malaysia, Isnin 16 Mac 2009

DATUK Lee Chong Wei akhirnya menamatkan badi kekalahannya kepada Lin Dan apabila menewaskan pemain China itu 21-16, 21-16 untuk menjuarai Terbuka Switzerland, semalam.

Kejayaan manis pemain nombor satu dunia itu bukan sahaja berjaya menebus kekalahannya kepada pemain nombor dua dunia itu pada perlawanan akhir Sukan Olimpik Beijing 2008 malah Terbuka China 2008 dan Seluruh England 2009 minggu lalu. Turut muncul juara semalam adalah pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menewaskan beregu Denmark, Martias Boe-Carsten Mogensen 21-14, 21-18 untuk mengungguli acara beregu lelaki.

*************************************************************************************

Malam tadi King menonton perlawanan Akhir Switzerland antara DLCW menentang LD dari China...saya tak meletakan sebarang harapan pun kerana beliau tewas dlm 3 atau 4 pertembungan sebelum ini dan lesu di gelanggang.

Set pertama semalam pun DLCW ketinggalan 7-11 semasa menukar gelanggang..namun semangat juang yang kental dan berjaya mengikat 15-15 saya terus terpaku depan tv.
walaupun pada masa yang sama Chelsea sedang menentang Manchester City di saluran 812.
Set pertama DLCW berjaya menang 21-16. Lin Dan kelihatan pucat dan serba salah sbb DLCW sedang berada di tahap puncak...mungkin misi kali ini ingin membalas dendam kalah minggu lepas di All England.

Set kedua..memang menarik...DLCW mempamerkan kehebatan apabila sering terbang, meniarap, berlari ke depan kebelakang gelanggang untuk memastikan beliau di hadapan. Keputusan Penjaga garisan juga sering berpihak kepada DLCW tapi di batalkan oleh Umpire..bias gitu..namun DLCW tidak berputus asa..

pada set kedua DLCW 16-15 beliau terus sahaja mendahului dan menang Terbuka Swiss 21-16, 21-16
Tahniah kepada DLCW pemain No1 Ranking Dunia masa kini. Inilah perjuangan. Setelah tewas beberapa kali kepada lawan yang sama...Beliau bangkit semula dan membuktikan Malaysia boleh..Syabas..

Begitu juga kepada beregu yo-yo kita Tan Boon Heong dan Koo Kien Kiat ..juara bergu terbuka Swiss..teruskan kemenangan..

Itulah detik indah malam tadi..pengubat duka saya selepas Sabtu Malam Ahad MU tewas 4-1 kepada Liverpool...apa boleh buat..hehehe..bangkit semula MU...hidup MU

Nik Madihah di Tawarkan belajar di UK - Fizik..

Utusan Malaysia, Isnin 16 Mac 2009

Mara tawar Madihah belajar di UK

KUALA LUMPUR 15 Mac – Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal ditawarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK).

Buat permulaan, pelajar cemerlang itu diberi peluang menyambung pelajaran di peringkat A Level di negara itu sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang yang diminati iaitu fizik.

Tawaran tersebut telah dibincangkan antara Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar dan bapa pelajar itu, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, menerusi telefon.

‘‘Pegawai Mara akan menghantar surat tawaran Nik Nur Madihah esok,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Satu Keluarga Satu Perniagaan anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini hari ini.

Nik Nur Madihah, 18, anak nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan. Nik Nur Madihah mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Kesusahan hidup pelajar yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia semalam .

Noh memberitahu, tawaran kepada pelajar itu dibuat tanpa perlu mengisi borang dan tanpa temuduga kerana Nik Nur Madihah merupakan pelajar cemerlang daripada keluarga miskin.

Pelajar itu juga, katanya, telah membuktikan kemampuannya untuk berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan serta cabaran.
*************************************************************************************

Semoga Nik Madihah menjadi seorang Insah yang berjaya dunia dan akhirat..InsyaAllah

Sunday, March 15, 2009

MAJLIS MERISIK/HANTAR TANDA ANAK SAUDARAKU -PUTERI MAISARAH


PUTERI MAISARAH


SHARIZAT


LINDA & MYSARAH










Ahad, Mac 15, 2009




Tengahari tadi jam 1pm, aku dan family ke rumah kakak sulung ku di Kem Sg Besi untuk meraikan Majlis Merisik/Hantar Tanda anak saudaraku iaitu Puteri Maisarah bt Amir Noor Rashid 19 tahun.


Pihak lelaki datang dari Bota Perak membawa 4 dulang tanda dan di balas dengan 5 dulang dari pihak perempuan.


Dimajlis yang ringkas ini, pihak lelaki bersetuju untuk menghantar rombongan meminang pada Jun 2009 nanti dengan hantaran sebanyak RM13,000.


Pihak lelaki iaitu Sharizat 29 tahun, adalah Kapten Tentera ATM yg berpengkalan di Pusat Latihan Port Dickson.



Puteri Maisarah masih menuntut di sebuah kolej di Damansara dan di jangka menamatkan pengajiannya tahun depan.



Makan tengah hari di sediakan untuk semua tetamu yang hadir..lauk sedap-sedap belaka seperti kari ikan, ayam goreng, udang goreng bersalut tepung, ikan bawal masak merah, pulut kuning, rendang daging, dan lain-lain yg disediakan oleh kakak aku iaitu Kak Ida.


Semoga semuanya berjalan lancar dan dirahmati