Wednesday, March 25, 2009

Aku Seorang RIDER (1995-2001)

Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku menunggang Superbike dengan rakan-rakan..Hobi aku ni pelik sikit...apa saja yang laju..semua aku suka..Tahun 1997 setelah puas menunggang Kawasaki ZZR250cc aku telah membeli motorsikal sahabat aku iaitu KAWASAKI NINJA ZXR750cc L Model dengan Plet No WEQ 2280. Ini adalah motorsikal idaman aku sejak aku kecil. Motor yang ranggi (pada waktu itu), laju, lincah dan bergaya. Masa aku beli, warnanya adalah Hitam/Kuning. macam ni ha...



Cute tak superbike aku ni??? haaa selepas aku guna 2 ke 3 bulan..aku hantar kepada kedai cat motor..aku transform superbike kesayangan aku kepada warna Merah/Gold..haa ini dia...dengan ekzos Yoshimura RS3 Carbon Fibre..High Compression Cable, Racing spec..top speed pernah aku catat 280km/h (maksimum meter)


Pada Tahun 1995 masa mula-mula berkecimpung dengan Superbike ini..aku join KMRC atau Kawasaki Motorcycle Riders Club yang berpengkalan di Segambut Dalam. Aku telah dilantik sebagai Treasurer dan kami waktu itu semua menggunakan Kawasaki ZZR250 ..Aktiviti Konvoi, Hari Keluarga dan Riadah di hujung minggu.

Kita lupakan sejenak kisah aku dan ZZR250 aku tu... Setelah aku upgrade motor aku kepada ZXR750 hehhe aku lebih suka Ride dengan Few rakan-rakan yang gila-gila macam aku.. Ride di hujung minggu seperti ke Genting Sempah Layan Corner..Ke Fraser Hills..dan lain-lain. Paling jauh pernah aku ride adalah dari KL ke Phuket Thailand..sejauh 1,200km pergi dan lagi 1,200km balik..memang Fun habis..sbb time kami pergi tu di Phuket menyambut Songkran..Pesta Air...kalau tak salah Tahun 1998.





Kat sini saja nak share la pengalaman aku yg suka memecut laju baik di highway mahupun di Racing Track. Aku telah register dengan Australia Cornering School dari Melbourne yang mengajar technic dan tactic di Racing Circuit.. Kami telah pergi ke Pasir Gudang Johor mengikuti latihan menunggang di Track. Memang best...Aku telah belajar cara-cara menunggang dan mengambil selekoh dengan full trottle dan cara racing yang betul.
Ni la few photo masa di Johor Circuit tu.






Aku telah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air seperti ke Langkawi, Fraser's Hill dll.. oh ya...ni gambar semasa aku antara orang pertama bermain di litar Sepang F1 Circuit sebaik sahaja track di buka untuk orang awam..Feb 2000









Itulah coretan sedikit sebanyak aku dengan Kawasaki Ninja ZXR750..semua itu tinggal kenangan kerana pada tahun 2001 aku telah menjual superbike aku..dan kini..aku menyimpan cita-cita untuk memiliki motor idaman aku Kawasaki Ninja ZX14 (1400cc) dua kali ganda power dari motor lama aku... semoga aku berjaya Amin....

2 comments:

SoFie NuR said...

tak abis2 ngan superbike..huhu..nanti dapat yg 1400cc tu,for sure bawak sampai ke ukraine pulak..hihi

King5zal said...

hehehhe mestipunya... kalau bawak 1400cc tu sure sampai ke Kutub Utara Kutub Selatan..hehe

Kalau bawah Sofie...mesti hilang tengah jalan hehehe melayang