Sunday, March 15, 2009

MAJLIS MERISIK/HANTAR TANDA ANAK SAUDARAKU -PUTERI MAISARAH


PUTERI MAISARAH


SHARIZAT


LINDA & MYSARAH










Ahad, Mac 15, 2009




Tengahari tadi jam 1pm, aku dan family ke rumah kakak sulung ku di Kem Sg Besi untuk meraikan Majlis Merisik/Hantar Tanda anak saudaraku iaitu Puteri Maisarah bt Amir Noor Rashid 19 tahun.


Pihak lelaki datang dari Bota Perak membawa 4 dulang tanda dan di balas dengan 5 dulang dari pihak perempuan.


Dimajlis yang ringkas ini, pihak lelaki bersetuju untuk menghantar rombongan meminang pada Jun 2009 nanti dengan hantaran sebanyak RM13,000.


Pihak lelaki iaitu Sharizat 29 tahun, adalah Kapten Tentera ATM yg berpengkalan di Pusat Latihan Port Dickson.



Puteri Maisarah masih menuntut di sebuah kolej di Damansara dan di jangka menamatkan pengajiannya tahun depan.



Makan tengah hari di sediakan untuk semua tetamu yang hadir..lauk sedap-sedap belaka seperti kari ikan, ayam goreng, udang goreng bersalut tepung, ikan bawal masak merah, pulut kuning, rendang daging, dan lain-lain yg disediakan oleh kakak aku iaitu Kak Ida.


Semoga semuanya berjalan lancar dan dirahmati

3 comments:

silversarina said...

Wah, tahniah buat sarah !!

Amboi sedapnya juadah makanan, meleleh air liur orang tengah pantang ni ...huhuhu, tak pe tunang nanti kak ina akan hadir InsyaAllah.

mommy said...

wah dah dirisik rupanya..
tahniah buat sarah.
mintak2 majlis kawin nanti dpt hadir

King5zal said...

hehe memang sedap lauk lauknya...
desert pun sedap..cream caramel, punch fruit dgn susu cair (elok utk diabetes hehehe), kek coklat, puding dgn lasagna...

Kenduri kawin katanya thn 2010 tapi tak tau la kot kot dicepatkan ke